Muzium dan Agenda Counter Islamophobia

Satu Analisis

  • Ahmad Farid Abdul Jalal
  • Rahimin Affandi Abdul Rahim
  • Muhd Imran Abd Razak
  • Ahnaf Wafi Alias

Abstract




Masalah terbesar umat Islam semasa adalah membabitkan isu ekstremisme dalam beragama. Sejarahnya bermula apabila berlaku pertembungan nilai antara peradaban Islam dan barat. Barat melihat dunia Islam sebagai pencetus kepada agenda keganasan yang perlu ditentang secara habis-habisan. Tindak balas yang timbul terhadap isu ini menyebabkan lahirnya fenomena Islamofobia. Diakui bahawa masyarakat Islam, khususnya kalangan akademia telah berusaha keras melakukan usaha menjawab ataupun memperbetulkan citra negatif ini. Hal ini dilakukan melalui medium pendidikan dan penyelidikan ilmiah. Artikel ini akan cuba melihat peranan muzium dalam usaha memperbetulkan citra negatif yang dibawa oleh Islamofobia tajaan barat. Fokus utama kajian akan diberikan kepada peranan yang dimainkan oleh Muzium Masjid Sultan Abdullah di Pekan Pahang. Dengan memberikan penekanan terhadap isu-isu berkaitan identiti, agama dan global, muzium ini dilihat mampu menjadi pemangkin dalam menangani persoalan berkaitan salah faham terhadap Islam. Jelaslah bahawa, muzium mampu memainkan peranan penting dalam membersihkan citra negatif Islamofobia melalui pameran yang dijalankan.




Published
2020-04-09
How to Cite
JALAL, Ahmad Farid Abdul et al. Muzium dan Agenda Counter Islamophobia. IDEALOGY, [S.l.], v. 5, n. 1, p. 1-16, apr. 2020. ISSN 2550-214X. Available at: <http://idealogyjournal.com/ojs/index.php/idealogy/article/view/177>. Date accessed: 22 oct. 2020.