PENCITRAAN KERIS SEBAGAI KIASAN KEINDAHAN BUDAYA MELAYU DALAM FILEM RAHIM RAZALI

  • Siti Normala Hamzah
  • Mohamad Saleeh Rahamad@Ahmad
  • Md Azalan Shah Md Syed

Abstract




Kajian ini membicarakan mengenai pencitraan keris sebagai kiasan keindahan budaya Melayu dalam dua filem Rahim Razali iaitu Puteri (1987) dan Anak Sarawak (1989). Dalam pengaruh kebudayaan masyarakat Melayu, keris bukan sahaja merujuk kepada alatan senjata malah merupakan sebuah manifestasi seni yang memiliki nilai estetika yang tinggi serta cerminan nilai pemikiran, falsafah dan kebudayaan bagi masyarakat Melayu. Maka objektif kajian ini adalah untuk menganalisis pencitraan budaya Melayu melalui pemaparan keris dalam kedua-dua filem tersebut yang sarat dengan falsafah dan kepercayaan masyarakat Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan mengaplikasikan pendekatan sosiologi sastera. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa unsur warna tempatan yang ditunjukkan melalui pencitraan keris dalam filem ini telah mengangkat aspek kepercayaan, mitos dan ritual yang menjadi asas kepada adat dan budaya Melayu. Selain itu, kedua-dua filem ini juga telah mendokumentasikan protes sosial masyarakat terutamanya mengenai pertentangan kelas antara pihak atasan dengan pihak bawahan dengan menggunakan keris sebagai wahana perjuangan.




Published
2020-04-09
How to Cite
HAMZAH, Siti Normala; RAHAMAD@AHMAD, Mohamad Saleeh; MD SYED, Md Azalan Shah. PENCITRAAN KERIS SEBAGAI KIASAN KEINDAHAN BUDAYA MELAYU DALAM FILEM RAHIM RAZALI. IDEALOGY, [S.l.], v. 5, n. 1, p. 165 - 178, apr. 2020. ISSN 2550-214X. Available at: <http://idealogyjournal.com/ojs/index.php/idealogy/article/view/192>. Date accessed: 14 aug. 2020.