Bantuan Pembelajaran Mengenal Warna Menggunakan Tipografi Bagi Kanak-Kanak Rabun Warna

Typography As A Learning Aid To Recognize Color For Children With Color Blindness

  • Intan Nur Firdaus Muhammad Fuad Faculty of Art and Design, Universiti Teknologi MARA, Perak Branch, Seri Iskandar Campus, 32610 Seri Iskandar, Perak, MALAYSIA.
  • Khairul Nizan Mohd Aris Faculty of Art and Design, Universiti Teknologi MARA, Perak Branch, Seri Iskandar Campus, 32610 Seri Iskandar, Perak, MALAYSIA.
  • Mohd Salleh Abdul Wahab Faculty of Art and Design, Universiti Teknologi MARA, Perak Branch, Seri Iskandar Campus, 32610 Seri Iskandar, Perak, MALAYSIA.

Abstract




Warna memainkan peranan penting dalam kehidupan kita dimana warna sering digunakan untuk menentukan dan mempengaruhi emosi dan tindakan kita. Warna terhasil dari getaran cahaya. Warna hadir di sekeliling kita dan terlibat dalam setiap aspek kehidupan kita. Mata manusia yang dicitakan olehNYA dijadikan bijak mengesan warna. Kadang-kadang, pilihan warna mempengaruhi dan mencerminkan keperibadian dan pemikiran kita. Namun dalam mengenal warna. Ia menjadi masalah buat mereka yang menghidapi rabun warna. Kesan warna pembalikan cahaya pada objek yang dapat dikesan melalui gangguan visual atau deria. Tanpa cahaya kita tidak dapat melihat warna. Oleh itu, warna dan cahaya adalah dua perkara yang berkaitan rapat yang membuat manusia dapat mengesan warna. Tetapi masalah buta warna adalah gangguan yang disebabkan oleh ketidakupayaan sel-sel kerucut mata untuk menangkap spektrum warna tertentu yang disebabkan oleh faktor genetik. Ini membawa maksud bahawa masalah rabun warna ia kongenital iaitu terjadi dari sejak lahir lagi dan masalah ni tiada lagi alat atau ubat yang boleh membantu kesembuhannya. Sesetengahnya tidak akan sedar mereka pengidap ketidakupayaan ini sehingga lah mereka dewasa. Dalam kajian ini Kehadiran suatu konsep sistem sokongan dilihat amat penting dalam membantu kanak-kanak tersebut mentafsir warna. Oleh yang sedemikian peranan tulisan ataupun tipografi dilihat amat penting. Sistem ini dilihat lebih mudah diadaptasi dan digunapakai bukan sahaja membantu kanak-kanak yang menghidapi ketidakupayaan ini tetapi juga ia dilihat dapat membantu kanak-kanak lain dalam belajar mengenal warna, seperti kita sedia maklum perkembangan kanak-kanak dapat berlaku melalui banyak melakukan aktiviti mewarna. Setiap perkembangan yang baik ini adalah amat penting bagi kesemua kanak-kanak. Dan kanak-kanak yang tidak mempunyai kemahiran atau kekeliruan dalam mengenal warna ini seharusnya tidak boleh ketinggalan. Sistem mengenal warna yang mudah ini dilihat memainkan peranan yang penting dalam membantu kanak-kanak tersebut meningkatkan perkembangan mereka.




Published
2020-04-09
How to Cite
MUHAMMAD FUAD, Intan Nur Firdaus; MOHD ARIS, Khairul Nizan; ABDUL WAHAB, Mohd Salleh. Bantuan Pembelajaran Mengenal Warna Menggunakan Tipografi Bagi Kanak-Kanak Rabun Warna. Idealogy Journal, [S.l.], v. 5, n. 1, p. 134-139, apr. 2020. ISSN 2550-214X. Available at: <https://idealogyjournal.com/ojs/index.php/idealogy/article/view/183>. Date accessed: 22 dec. 2024. doi: https://doi.org/10.24191/idealogy.v5i1.183.