KEFAHAMAN DAN PENGHAYATAN PELAJAR TERHADAP KURSUS HUBUNGAN ETNIK

  • Suhaila Sharil
  • Ahmad Faiz Ahmad Ubaidah
  • Muhammad Noor Hussin
  • Mukhamad Khafiz Abdul Basir

Abstract

Kursus Hubungan Etnik adalah satu kursus wajib universiti yang ditawarkan kepada pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi Mara Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau. Terdapat dua fakulti yang mengambil kursus ini di UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau iaitu pelajar daripada Fakulti Pengurusan Maklumat dan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media. Pada sesi II 2018/2019 seramai 52 orang pelajar telah mengambil kursus ini di mana 37 orang adalah daripada Fakulti Pengurusan Maklumat dan 25 orang daripada Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kefahaman dan mengenalpasti penghayatan pelajar terhadap kursus Hubungan Etnik. Metodologi kajian ini menggunakan kajian kuantitatif melalui reka bentuk purposive sampling. Soal selidik diedarkan kepada semua pelajar yang mengambil Kursus Hubungan Etnik pada sesi II 2018/2019 iaitu seramai 52 orang responden. Hasil kajian mendapati bahawa penghayatan pelajar terhadap kursus ini adalah sangat baik namun kajian lapangan yang melibatkan focus group discussion membuatkan pelajar amat meminati kursus Hubungan Etnik walaupun kursus ini berkisarkan mengenai sejarah.

Published
2020-10-16
How to Cite
SHARIL, Suhaila et al. KEFAHAMAN DAN PENGHAYATAN PELAJAR TERHADAP KURSUS HUBUNGAN ETNIK. IDEALOGY, [S.l.], v. 5, n. 2, p. 139-148, oct. 2020. ISSN 2550-214X. Available at: <http://idealogyjournal.com/ojs/index.php/idealogy/article/view/236>. Date accessed: 29 nov. 2020.

Most read articles by the same author(s)