FENOMENA KESANTUNAN BAHASA DALAM NOVEL LENTERA MUSTIKA

  • MOHD HANIFF MOHAMMAD YUSOFF UUM

Abstract

Aspek kesantunan berbahasa merupakan penggunaan bahasa yang sopan dan beradab. Aspek ini bukan sahaja perlu dititikberatkan dalam kalangan masyarakat tetapi dalam penulisan juga termasuk penulisan novel. Makalah ini bertujuan mengenal pasti dan menjelaskan maksim kesantunan yang digunakan oleh penulis dalam novel Lentera Mustika. Kesantunan berbahasa dalam penulisan novel dilihat sangat penting kerana novel merupakan genre sastera yang kian berkembang dan menjadi bahan bacaan utama golongan pembaca di Malaysia. Oleh itu, penelitian ini akan menjadikan novel Lentera Mustika oleh Nisah Haron (2009) terbitan PTS Litera sebagai data kajian. Penelitian akan menggunakan Prinsip Kesantunan Leech (1983) bagi memperoleh hasil dapatan. Hasil dapatan memperlihatkan novel ini memenuhi maksim kesopanan yang dianjurkan oleh Leech. Penggunaan bahasa yang santun dan baik dalam penulisan karya secara tidak langsung dapat mendidik pembaca untuk turut menggunakan bahasa yang sopan dan baik ketika berkomunikasi.

Published
2018-09-07
How to Cite
MOHAMMAD YUSOFF, MOHD HANIFF. FENOMENA KESANTUNAN BAHASA DALAM NOVEL LENTERA MUSTIKA. IDEALOGY, [S.l.], v. 3, n. 2, p. 100-109, sep. 2018. ISSN 2550-214X. Available at: <http://idealogyjournal.com/ojs/index.php/idealogy/article/view/62>. Date accessed: 16 nov. 2018.