Pengaruh Kreativiti Pada Representasi Visual Propaganda Berbahasa Melayu Sewaktu Pendudukan Jepun Di Malaysia

  • Saiful Akram Che Cob Universiti Teknology MARA
  • Sharulnizam Ramli Universiti Malaysia Kelantan

Abstract

Pengaruh kreativiti sering dilihat daripada aspek proses, produk, individu dan persekitaran. Manusia dan kehidupan sekeliling sangat berkait rapat dalam menjana pembentukan kreativiti mini (Little-C) dan kreativiti unggul (Big-C). Penghasilan visual propaganda turut memerlukan kombinasi kognitif, estetika dan kreativiti. Era penaklukan Jepun ke atas Malaya pada tahun 1942-45 telah memperlihatkan kewujudan visual-visual propaganda dalam bahasa Melayu yang dicetuskan oleh pelukis-pelukis ilustrasi samada dimuatkan ke dalam majalah, foto, buku dan poster maupun akhbar. Visual atau imej dalam ilustrasi lazimnya memaparkan penggunaan simbol, tanda dan gambar serta taipografi dalam menyampaikan maklumat. Penulisan ini bertujuan mengupas pengaruh kreativiti ke atas penghasilan visual propaganda menerusi bahasa Melayu yang diterima oleh masyarakat di Malaya ketika era penaklukan Jepun. Contoh-contoh ilustrasi kreatif telah ditunjukkan bagi menyokong kenyataan bahawa pengaruh kreativiti tidak boleh dinafikan telah membantu pelukis-pelukis ilustrasi bagi menyampaikan mesej dan maklumat menggunakan bahasa Melayu dalam konteks propaganda demi menyokong pemerintahan Dai-Nippon di Malaya.


 

Author Biographies

Saiful Akram Che Cob, Universiti Teknology MARA

Fakulti Seni Lukis & Seni Reka
Universiti Teknologi MARA
40450, Shah Alam
Selangor, Malaysia

Sharulnizam Ramli, Universiti Malaysia Kelantan

Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisan
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Kampus Bachok
16300 Bachok,
Kelantan.

Idealogy 03 Vol 2 Issue 01 Article 04
Published
2017-02-15
How to Cite
CHE COB, Saiful Akram; RAMLI, Sharulnizam. Pengaruh Kreativiti Pada Representasi Visual Propaganda Berbahasa Melayu Sewaktu Pendudukan Jepun Di Malaysia. IDEALOGY, [S.l.], v. 2, n. 1, p. 36-51, feb. 2017. ISSN 2550-214X. Available at: <http://idealogyjournal.com/ojs/index.php/idealogy/article/view/7>. Date accessed: 25 may 2018.