Permainan Mudah Alih dan Kanak-kanak

  • Aznan Omar Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan menganalisis interaksi yang berlaku di antara manusia dengan mesin melalui gaya hidup digital yang menjelaskan amalan dan tingkah laku manusia terhadap teknologi mudah alih. Keseronokan di dalam budaya berhibur yang melibatkan teknologi digital telah menjadikan permainan mudah alih (mobile games) menjadi popular di kalangan pengguna muda termasuk kanak-kanak. Kajian ini adalah untuk mengembangkan idea tentang fenomena kanak-kanak yang obsesi pada teknologi dan keseronokan bermain permainan mudah alih diterjemahkan dalam konteks karya seni arca. Fabrikasi karya dilakukan menerusi studio praktis dan dibuat interpretasi terhadap karya yang telah dihasilkan. Daripada isu-isu yang digarap dapat dijadikan panduan untuk merealisasikan satu bentukan baru seni arca instalasi yang cuba untuk di rungkai persoalan tentang kecenderungan golongan muda masa kini yang terpengaruh dengan budaya berhibur. Trend kanak-kanak yang menyerap teknologi tanpa kawalan akan berisiko melakukan perlakuan khusus termasuk penggunaan yang berlebihan sehingga menjejaskan aspek-aspek lain dalam hidup mereka

Author Biography

Aznan Omar, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak

Fakulti Seni Lukis & Seni Reka
Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak,
Kampus Seri Iskandar
32610, Seri Iskandar
Perak, Malaysia

Idealogy 3 Volume 1 Issue 2 Article 12
Published
2017-02-16
How to Cite
OMAR, Aznan. Permainan Mudah Alih dan Kanak-kanak. Idealogy Journal, [S.l.], v. 2, n. 1, p. 137-149, feb. 2017. ISSN 2550-214X. Available at: <https://idealogyjournal.com/ojs/index.php/idealogy/article/view/17>. Date accessed: 22 dec. 2024. doi: https://doi.org/10.24191/idealogy.v2i1.17.
Section
Original Articles