ADAPTASI KESUSASTERAAN RAKYAT (CERITA SI LUNCAI) DALAM KARYA SENI CETAKAN.

  • Hazrul Mazran Rusli
  • Abdul Aziz Zali@Zalay

Abstract




Penulisan ini bertujuan membincangkan penghasilan karya seni visual berdasarkan adaptasi terhadap salah satu bentuk kesusasteraan rakyat Melayu iaitu Cerita Si Luncai. Adaptasi yang dilakukan adalah memfokuskan kepada unsur-unsur didaktik atau pengajaran yang terkandung di dalam teks cerita Si Luncai. Objektif penulisan ini adlah untuk melihat samada pelukis boleh membaca, mentafsir dan mengupas sesebuah hasil kesusasteraan dan menterjemahkannya dalam bentuk imej visual. Penyelidikan ini menggunakan gabungan pendekatan Teori Adaptasi oleh Desmond & Hawkes (2006) dan kaedah ekplorasi visual yang diperkenalkan oleh O’Grady J. & K (2009). Bentuk karya seni visual yang dihasilkan adalah karya seni cetakan blok kayu konvensional. Dapatan penulisan kajian ini adalah sebanyak satu (01) karya cetakan blok kayu konvensional dengan sepuluh (10) edisi telah dihasilkan berdasarkan adaptasi yang dilakukan terhadap subjek kajian untuk tatapan penghayat. Kesimpulannya, hasil dari penyelidikan ini mendapati bahawa bahan kesusasteraan rakyat Melayu mampu diterjemah semula secara visual dan amat berpotensi untuk dijadikan sebagai subjek atau tema didalam penghasilan karya seni visual. Disamping itu, penulisan ini juga mampu untuk memperkayakan penghayatan kedua-dua bentuk kesenian ini.




Published
2020-04-09
How to Cite
RUSLI, Hazrul Mazran; ZALI@ZALAY, Abdul Aziz. ADAPTASI KESUSASTERAAN RAKYAT (CERITA SI LUNCAI) DALAM KARYA SENI CETAKAN.. IDEALOGY, [S.l.], v. 5, n. 1, p. 43 - 56, apr. 2020. ISSN 2550-214X. Available at: <http://idealogyjournal.com/ojs/index.php/idealogy/article/view/181>. Date accessed: 22 oct. 2020.