Peranan Visual Terhadap Kemudahbacaan Khalayak

  • Hanafi Mohd Tahir Universiti Teknology MARA Cawangan Perak

Abstract

Visual merupakan suatu elemen yang tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan seharian khalayak pada masa kini. Ia membantu menyampaikan mesej dan maklumat dengan lebih menarik dan berkesan. Pelbagai gaya penampilan visual mewarnai dan mencorakkan kehidupan khalayak pada masa kini antara disedari atau sebaliknya. Walaubagaimanapun, penerimaan mesej yang disampaikan melalui visual melibatkan kemahiran khalayak untuk mentafsir, memahami seterusnya menganalisis apa yang dilihat. Keberkesanan terhadap kemahiran mentafsir, memahami serta menganalisis khalayak merangkumi faktor kemudahbacaan khalayak terhadap visual yang dilihat. Kejayaan menafsir, memahami serta menganalisis visual yang dilihat bermakna wujudnya faktor kemudahbacaan. Justeru itu, kepentingan visual dalam menyampaikan mesej kepada khalayak membantu memudahkan kehidupan seharian khalayak.


 

Author Biography

Hanafi Mohd Tahir, Universiti Teknology MARA Cawangan Perak

Fakulti Seni Lukis & Seni Reka
Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak
Kampus Seri Iskandar
32610, Seri Iskandar
Perak, Malaysia

Idealogy 03 Vol 2 Issue 01 Article 06
Published
2017-02-15
How to Cite
MOHD TAHIR, Hanafi. Peranan Visual Terhadap Kemudahbacaan Khalayak. Idealogy Journal, [S.l.], v. 2, n. 1, p. 59-65, feb. 2017. ISSN 2550-214X. Available at: <https://idealogyjournal.com/ojs/index.php/idealogy/article/view/9>. Date accessed: 23 nov. 2024. doi: https://doi.org/10.24191/idealogy.v2i1.9.
Section
Original Articles