KEUPAYAAN MENULIS DAN MENANGANI CABARAN PENULISAN ILLMIAH BAGI PELAJAR-PELAJAR SISWAZAH

  • Hanafi Mohd Tahir UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar
  • Anwar Fikri Abdullah UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar http://orcid.org/0000-0002-5249-8870
  • Mohd Khairulnizam Ramlie UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar

Abstract

Kebolehan, keupayaan dan kemahiran menulis merupakan salah satu elemen penting di dalam dunia akademik. Penulisan ilmiah bukanlah suatu yang asing dalam bidang akademik. Contoh penulisan ilmiah ialah seperti penulisan artikel, penulisan tesis, laporan penyelidikan dan laporan aktiviti. Pelajar-pelajar siswazah perlu melalui pelbagai cabaran dalam penulisan bagi melengkapkan diri sebagai graduan universiti. Ini adalah kerana setiap maklumat yang diperolehi dalam penyelidikannya, diproses dan seterusnya akan dirumuskan kesimpulannya agar aspek penting yang dikaji dapat diperjelaskan dan dihuraikan melalui laporan penulisan. Beberapa faktor dikenalpasti menyumbang kepada keupayaan dan cabaran untuk menulis. Cabaran dan rintangan penulisan ilmiah dikalangan pelajar-pelajar siswazah berhubungkait rapat dengan keupayaan diri dalaman dan luaran. Tetapi, rintangan dan cabaran tersebut mampu dibendung jika semua pelajar-pelajar siswazah mempunyai rasa tanggungjawab dan displin diri yang kuat. Berdisiplin dan kesungguhan ketika menimba ilmu di dewan kuliah, komunikasi yang baik dengan rakan-rakan serta pensyarah-pensyarah menyumbang kepada meningkatkan kualiti penulisan akademik dikalangan pelajar-pelajar siswazah.

Author Biography

Hanafi Mohd Tahir, UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar

Jabatan Grafik & Media Digital
Fakulti Seni Lukis & Seni Reka
Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar
32610, Seri Iskandar, Perak, Malaysia

Published
2017-08-22
How to Cite
MOHD TAHIR, Hanafi; ABDULLAH, Anwar Fikri; RAMLIE, Mohd Khairulnizam. KEUPAYAAN MENULIS DAN MENANGANI CABARAN PENULISAN ILLMIAH BAGI PELAJAR-PELAJAR SISWAZAH. Idealogy Journal, [S.l.], v. 2, n. 2, p. 83-91, aug. 2017. ISSN 2550-214X. Available at: <https://idealogyjournal.com/ojs/index.php/idealogy/article/view/27>. Date accessed: 22 dec. 2024. doi: https://doi.org/10.24191/idealogy.v2i2.27.
Section
Original Articles