MODEL EKOLOGI SENIMAN VISUAL DALAM INDUSTRI SENI VISUAL KONTEMPORARI MALAYSIA : SATU PROPOSAL KERANGKA KERJA

  • Syed Alwi Bin Syed Abu Bakar Dr
  • Azian Tahir Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak
  • Ishak Ramli Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak

Abstract

Abstrak


Persekitaran penghasilan karya seni yang kini semakin mencabar dan berdaya saing telah mendorong supaya para seniman visual untuk mempunyai satu susunan amalan-amalan penghasilan karya yang terkini. Pada masakini, sistem penghasilan dan pemasaran karya tidak mempunyai satu garis panduan yang jelas dalam industri yang dapat membantu dalam kelangsungan hidup para seniman visual profesional di Malaysia. Oleh itu kajian ini dirancang bagi mendapatkan satu maklumbalas yang jelas dari mereka yang sedia ada aktif dalam industiri ini berkaitan cabaran yg dihadapi serta keboleh pasaran hasil karya para seniman visual untuk terus bersaing di persada penghasilan seni tempatan dan antarabangsa. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan bukan teknikal yang diperlukan bagi kejayaan pelaksanaan dan pemasaran hasil karya seni di Malaysia. Hasil daripada kajian ini akan menyediakan kajian secara terperinci amalan-amalan para seniman visual dalam pelaksanaan dan pemasaran yang perlu dipertimbangkan oleh mereka yang bakal menceburkan diri di arena penghasilan karya secara professional. Melalui kertas kerja ini, satu kerangka kerja telah dibangunkan melalui sorotan menyeluruh dari sudut literatur serta amalan secara praktikal.


Kata kunci: Amalan bukan teknikal, penghasilan karya, seniman visual, visual, karya.

Published
2018-09-07
How to Cite
BIN SYED ABU BAKAR, Syed Alwi; TAHIR, Azian; RAMLI, Ishak. MODEL EKOLOGI SENIMAN VISUAL DALAM INDUSTRI SENI VISUAL KONTEMPORARI MALAYSIA : SATU PROPOSAL KERANGKA KERJA. IDEALOGY, [S.l.], v. 3, n. 2, p. 176-182, sep. 2018. ISSN 2550-214X. Available at: <http://idealogyjournal.com/ojs/index.php/idealogy/article/view/71>. Date accessed: 16 nov. 2018.