APAKAH JENIS SUBJEK DAN GAYA YANG TELAH DIBINCANGKAN DALAM FATWA DAN GARIS PANDUAN ISLAM?

  • Ishak Ramli Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak
  • Mumtaz Mokhtar Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor
  • D'zul Haimi Mohd Zain Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor
  • Muhamad Rahimi Osman Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor
  • Mohamad Noorman Masrek Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor

Abstract

Seni visual antara topik yang hangat dan kritikal yang dibincangkan dari perspektif Islam. Hal ini kerana wujud olahan subjek yang dipilih dilukis dengan pelbagai kaedah dan cara. Selain itu, gaya yang dipamerkan juga menimbulkan persoalan tentang hukum dan pandangan yang tidak jelas terhadapnya. Secara jelas, tiada perbincangan komprehensif yang dijalankan melibatkan kepelbagaian subjek dan gaya dalam seni visual berdasarkan perkembangan semasa. Oleh yang demikian, kertas kerja ini bermatlamat untuk meniliti dengan terperinci apakah jenis subjek dan gaya yang telah dibincangkan dalam fatwa dan garis panduan yang telah wujud. Berdasarkan kaedah penyusunan sorotan kajian berstruktur dan sistematik, kesemua fatwa dan garis panduan yang berkaitan dengan seni visual dikenalpasti. Berdasarkan pemerhatian tersebut, hasilnya, hanya terdapat beberapa jenis subjek sahaja yang telah dibincangkan iaitu manusia, haiwan, tumbuhan, simbol agama dan peralatan ciptaan manusia; dan gaya yang dibincangkan secara keseluruhan hanyalah pada jenis representasi sahaja. Cadangan kepada penyelidik yang berminat dengan kajian ini haruslah menjalankan penyelidikan secara terperinci dengan menggunakan pendekatan kualitatif.

Published
2018-09-07
How to Cite
RAMLI, Ishak et al. APAKAH JENIS SUBJEK DAN GAYA YANG TELAH DIBINCANGKAN DALAM FATWA DAN GARIS PANDUAN ISLAM?. IDEALOGY, [S.l.], v. 3, n. 2, p. 183-192, sep. 2018. ISSN 2550-214X. Available at: <http://idealogyjournal.com/ojs/index.php/idealogy/article/view/72>. Date accessed: 16 nov. 2018.