Beberapa Aspek Kearifan Tempatan Terhadap Bahan Alami Yang Digunakan Dalam Pengurusan Jenazah Rantau Alam Melayu

  • Muhammad Yusri Yusof @ Salleh Universiti Teknology MARA Cawangan Perak
  • Rahimin Afandi Abd Rahim Universiti Teknology MARA Cawangan Perak
  • Paiz Hassan Universiti Teknology MARA Cawangan Perak
  • Abd Munir Mohamed Noh Universiti Teknology MARA Cawangan Perak
  • Mohd Zahirwan Halim Zainal Abidin Universiti Teknology MARA Cawangan Perak

Abstract

Kearifan tempatan adalah serangkaian maklumat, petunjuk, ilmu yang diwariskan daripada generasi ke generasi sebagai satu strategi kehidupan yang melambangkan keunikan sesuatu bangsa. Kearifan tempatan adalah hasil daripada tindakbalas masyarakat Melayu dengan alam sekeliling sebagai satu ikhtiar hidup dan memberi manfaat kepada keseluruhan masyarakat. Kajian ini bermatlamat mengkaji unsur dan amalan yang bersifat kearifan tempatan dalam pengurusan jenazah yang telah dipraktikkan dalam masyarakat Melayu. Antara unsur kearifan tempatan yang wujud dalam pengurusan jenazah adalah seperti fungsi kemenyan, sintok, gunting, kacip, daun bidara, air mawar, cerana dan  kapur barus. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif sepenuhnya dengan menggunakan kajian kepustakaan dan temubual sebagai instrumen kajian. Kajian kepustakaan menumpukan kepada kajian-kajian lepas yang pernah dijalankan berkaitan unsur kearifan tempatan samada dalam bentuk jurnal, buku dan kertas kerja persidangan. Temubual dijalankan kepada pengurus-pengurus jenazah terpilih menggunakan Kaedah Temu bual Terperinci (In-depth Interview) di mana penyelidik menemubual berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan.  Pendekatan kajian teks (matan) juga digunakan bagi meneliti secara kritikal berkaitan penulisan-penulisan yang telah dilakukan oleh sarjana Islam Melayu berkaitan pengurusan jenazah.

Author Biographies

Muhammad Yusri Yusof @ Salleh, Universiti Teknology MARA Cawangan Perak

Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)
Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak,
Kampus Seri Iskandar, 32610 Seri Iskandar
Perak, Malaysia

Rahimin Afandi Abd Rahim, Universiti Teknology MARA Cawangan Perak

Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)
Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak,
Kampus Seri Iskandar, 32610 Seri Iskandar
Perak, Malaysia

Paiz Hassan, Universiti Teknology MARA Cawangan Perak

Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)
Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak,
Kampus Seri Iskandar, 32610 Seri Iskandar
Perak, Malaysia

Abd Munir Mohamed Noh, Universiti Teknology MARA Cawangan Perak

Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)
Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak,
Kampus Seri Iskandar, 32610 Seri Iskandar
Perak, Malaysia

Mohd Zahirwan Halim Zainal Abidin, Universiti Teknology MARA Cawangan Perak

Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)
Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak,
Kampus Seri Iskandar, 32610 Seri Iskandar
Perak, Malaysia

Idealogy 03 Vol 2 Issue 01 Article 02
Published
2017-02-14
How to Cite
YUSOF @ SALLEH, Muhammad Yusri et al. Beberapa Aspek Kearifan Tempatan Terhadap Bahan Alami Yang Digunakan Dalam Pengurusan Jenazah Rantau Alam Melayu. Idealogy Journal, [S.l.], v. 2, n. 1, p. 14-25, feb. 2017. ISSN 2550-214X. Available at: <https://idealogyjournal.com/ojs/index.php/idealogy/article/view/5>. Date accessed: 18 apr. 2024. doi: https://doi.org/10.24191/idealogy.v2i1.5.
Section
Original Articles