WARNA KONTEMPORARI DALAM KARYA SENI

  • Aimi Atikah Roslan
  • Syed Alwi Syed Abu Bakar

Abstract

Penulisan ini adalah mengenai kajian terhadap warna kontemporari di dalam karya seni. Warna kontemporari telah menjadi penghubung dalam mengaplikasi teori dan praktikal terutamanya dalam menghasilkan karya seni lukis.  Walaupun sudah banyak kajian mengenai warna namun kajian ini mengupas hubung kait antara karya seni dan warna kontemporari. Ini membolehkan pembaca memahami bahawa warna kontemporari adalah sebahagian daripada dunia seni lukis dan seni reka bentuk. Penyelidik menggunakan karya seni dalam kajian warna kontemporari bagi menjawab persoalan kepentingan warna kontemporari. Hasilnya, peranan warna kontemporari ini sangat penting yang menjadi pergerakan sesuatu era seni kontemporari. Penulisan ini adalah satu cubaan untuk membawa perkara yang berkaitan dengan warna dengan menggunakan satu bahasa yang sama.

Published
2019-06-30
How to Cite
ROSLAN, Aimi Atikah; SYED ABU BAKAR, Syed Alwi. WARNA KONTEMPORARI DALAM KARYA SENI. IDEALOGY, [S.l.], v. 4, n. 1, p. 1-13, june 2019. ISSN 2550-214X. Available at: <http://idealogyjournal.com/ojs/index.php/idealogy/article/view/143>. Date accessed: 17 july 2019.