Metodologi Penentuan Hukum Islam Golongan Ekstremisme Agama

Satu Pengantar

  • MUHD IMRAN ABD RAZAK MR

Abstract

Ekstremisme Agama merupakan kelompok yang mentafsirkan agama secara garis keras. Hasil pentafsiran ini telah menimbulkan konflik dan hubungan yang tidak harmoni dalam masyarakat Islam. Misalnya, kecenderungan takfir, telah membuatkan hubungan suami isteri tidak sah, malah menghalalkan darah pihak lain. Ideologi ini amat merbahaya khususnya dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia. Sehubungan itu, kajian ini membincangkan tentang metodologi golongan aliran ekstremisme agama dalam penentuan hukum Islam. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian kualitatif ini menggunapakai metode kepustakaan sepenuhnya bagi mengumpul literatur kajian. Kemudiannya dianalisis kandungan secara deduktif bagi merumuskan dapatan kajian. Hasil kajian mendapati aliran ekstremisme agama mengaplikasikan pendekatan secara literalis dan natijahnya hukum yang ditetapkan cenderung keras.


 

Published
2018-09-07
How to Cite
ABD RAZAK, MUHD IMRAN. Metodologi Penentuan Hukum Islam Golongan Ekstremisme Agama. IDEALOGY, [S.l.], v. 3, n. 2, p. 13-28, sep. 2018. ISSN 2550-214X. Available at: <http://idealogyjournal.com/ojs/index.php/idealogy/article/view/54>. Date accessed: 16 nov. 2018.