Adat Bapukong Tradisi Masyarakat Banjar yang Berasaskan Syariat: Kajian di Negeri Perak Darul Ridzuan

Bapukong Custom, a Banjar Community Tradition Based on Sharia: A Study in the State of Perak Darul Ridzuan

Authors

  • Nur Azlina Roslan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Perak, Malaysia
  • Muhammad Yusri Yusof @ Salleh Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Perak, Malaysia
  • Muhd Imran Abd Razak Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.24191/idealogy.v10i2.876

Abstract

ABSTRAK 

Adat Bapukong merupakan salah satu amalan tradisional unik dalam kalangan masyarakat Banjar yang berperanan dalam aspek penjagaan bayi selepas kelahiran. Amalan ini melibatkan proses membedung dan membuai bayi menggunakan kain batik atau pelikat dalam kedudukan duduk bagi menenangkan bayi yang mengalami ketidakselesaan seperti kembung perut, demam atau kegelisahan. Pelaksanaan adat ini disertai dengan bacaan selawat, doa serta berzanji, menjadikannya bukan sekadar ritual budaya bahkan juga mengandungi unsur kerohanian yang berteraskan nilai-nilai Islam. Kajian ini dijalankan bagi meneliti pelaksanaan adat Bapukong dalam kalangan masyarakat Banjar di Negeri Perak Darul Ridzuan serta menilai tahap kesesuaiannya dengan prinsip-prinsip Syariah. Berdasarkan pendekatan kualitatif melalui kaedah temu bual dan pemerhatian lapangan, dapatan menunjukkan bahawa amalan ini bukan sahaja selari dengan maqāṣid al-sharī‘ah seperti penjagaan nyawa (ḥifẓ al-nafs) dan kesejahteraan sosial, bahkan berfungsi sebagai simbol identiti budaya yang masih terpelihara. Kajian ini mencadangkan agar adat Bapukong didokumentasikan secara sistematik dan diperkenalkan sebagai salah satu warisan budaya Islam tempatan yang relevan dengan prinsip keagamaan. 

Kata kunci: Adat Bapukong, masyarakat Banjar, maqāṣid al-sharī‘ah, penjagaan bayi, warisan budaya Islam. 

Abstract

Bapukong is a unique traditional practice among the Banjar community particularly associated with postnatal infant care. This custom involves swaddling and cradling babies in a seated position using batik or sarong cloths with the aim of soothing discomforts such as bloating, mild fever, or general restlessness. The practice is commonly accompanied by the recitation of Islamic prayers, selawat (praises upon the Prophet) and berzanji, thus reflecting not only a cultural ritual but also spiritual elements rooted in Islamic values. This study explores the contemporary application of the Bapukong tradition among the Banjar community in the state of Perak, Malaysia and evaluates its alignment with Islamic legal principles. Using a qualitative methodology comprising field observations and semi-structured interviews, the findings indicate that Bapukong is consistent with the objectives of Islamic law (maqāṣid al-sharī‘ah), particularly in safeguarding life (ḥifẓ al-nafs) and social harmony. The practice also serves as a symbol of cultural identity that remains intact across generations. This study recommends systematic documentation of Bapukong as an element of local Islamic heritage that harmoniously integrates tradition and religious observance.

Keywords: Bapukong tradition, Banjar community, maqāṣid al-sharī‘ah, infant care, Islamic cultural heritage.

References

Abdullah, M. R. (2018). Etnik Banjar: Asal Usul dan Perkembangan Komuniti di Malaysia. Jurnal Pengajian Melayu, 29(1), 45–60.

Braun, V., & Clarke, V. (2006). Using thematic analysis in psychology. Qualitative Research in Psychology, 3(2), 77–101. https://doi.org/10.1191/1478088706qp063oa

Creswell, J. W. (2013). Qualitative inquiry and research design: Choosing among five approaches (3rd ed.). Thousand Oaks, CA: Sage Publications.

Farinah Ismail. (2022). Penghijrahan dan petempatan masyarakat Banjar di Kerian, Perak 1905–1947. Universiti Pendidikan Sultan Idris.​

Hashim, N., & Mohd Nor, A. (2020). Amalan Tradisional dalam Penjagaan Kesihatan Kanak-Kanak oleh Komuniti Banjar di Malaysia. Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 15(2), 112–123.

Hasri Bin Harun & Hasliza Binti Mohamad Ali. (2021). Konsep Hifz An-Nafs (Pemeliharaan Nyawa) Berdasarkan Maqasid Shariah Dalam Menghadapi Pandemik Covid-19. International Conference On Syariah & Law2021 (ICONSYAL 2021) - Online Conference. 57-70.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). (n.d.). Adat Bapukong (Berpukong). Pemetaan Budaya JKKN. https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/senibudaya/detail/701/pengenalan​

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). (n.d.). Adat resam dan budaya masyarakat Banjar Bagan Serai, Perak: Bapukung atau Pukong. Pemetaan Budaya JKKN. https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/senibudaya/detail/856/pengenalan​

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). (n.d.). Lagu Berpukong (Menidurkan Bayi). Pemetaan Budaya JKKN. https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/senibudaya/detail/824/pengenalan​

Mahyuddin, S. (2015). Tradisi dan Budaya Masyarakat Banjar di Malaysia: Satu Sorotan Awal. Kuala Lumpur: Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhammad Mustaqim Bin Roslan. (2024). Sejarah Kemunculan Teori Hifz al-Nafs dalam Maqasid Syari‘at: Analisis Sorotan Teoritikal. Jurnal Pengajian Islam 17(1),107-120.

Nurussobah Hussin, Nurul Husna Mohd Yunus, Nur Suhaila Juharei, & Wan Satirah Wan Mohd Saman. (2017). Sosiobudaya masyarakat Banjar di Malaysia. Jurnal Sejarah Lisan Malaysia, 1(1), 48–61.​

Rahim Aman, Zulkifly Hamid & Shahidi Abd Hamid. (2012). Profil pemikiran Banjar: satu kajian perbandingan antara suku Banjar di Malaysia dan di Indonesia. Malaysia Journal of Society and Space, 8(8), 12-22.

Rahmawati, R., Salamiyah, S., & Janah, S. (2024). Tradisi Bapukung pada masyarakat suku Banjar dan pengaruhnya terhadap pertumbuhan bayi. Trilogi: Jurnal Ilmu Teknologi, Kesehatan, dan Humaniora, 5(4), 523–530.​

Yin, R. K. (2014). Case study research: Design and methods (5th ed.). Thousand Oaks, CA: Sage Publications.

Yusmawati Mat Yusoff, & Mohd Khaidir Abdul Wahab. (2021). Kata sapaan dan rujukan dalam kalangan masyarakat Banjar terpilih di daerah Kerian, Perak. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 11(2), 6–22.​

Yusoff, N. A., & Mohamad, S. (2021). Tradisi dan Adaptasi Sosial Masyarakat Banjar di Perak: Antara Warisan dan Realiti Moden. Jurnal Warisan dan Budaya, 9(1), 33–49.

Zainal, N. A. (2019). Amalan Berpukong dalam Masyarakat Banjar di Perak: Kajian Kes di Bagan Serai. Laporan Penyelidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Downloads

Published

2025-09-01

Most read articles by the same author(s)