PERKAITAN ISLAMOPHOBIA DAN ORIENTALISME KLASIK : SATU ANALISIS

  • Muhammad Yusri bin Yusof @ Salleh Salleh Mr

Abstract

Selepas berlakunya peristiwa 11 September 2001, telah tercetus pelbagai usaha memburukkan Islam di seluruh dunia. Ia dikenali dengan terma Islamophobia, yang menyaksikan umat Islam seluruh dunia menjadi mangsa kebencian dan kekerasan. Untuk itu, antara objektif kajian ini adalah cuba merekonstruksi persoalan; adakah benar Islamophobia itu dicetuskan oleh  peristiwa 11 September 2001, atau adakah ia wujud jauh sebelum tarikh tersebut. Untuk fokus utama, kita akan menumpukan perhatian kepada sejarah Tanah Melayu. Kajian ini menggunakan kajian kepustakaan sebagai asas metodologi dengan mengkaji buku-buku penulisan orientalis barat sebagai asas kepada kajian dan dianalisis mengikut kerangka berfikir nusantara. Kajian ini merumuskan bahawa Islamophobia ini terjadi berasaskan dua faktor, pertama, tindakan golongan ekstremisme yang menimbulkan keresahan di barat bermula dengan peristiwa 11 September 2001 dan penulisan-penulisan orientalis kolonial barat di zaman lampau dan moden adalah penyumbang besar kepada Islamophobia di seluruh dunia.

Published
2018-09-07
How to Cite
SALLEH, Muhammad Yusri bin Yusof @ Salleh. PERKAITAN ISLAMOPHOBIA DAN ORIENTALISME KLASIK : SATU ANALISIS. IDEALOGY, [S.l.], v. 3, n. 2, p. 62-78, sep. 2018. ISSN 2550-214X. Available at: <http://idealogyjournal.com/ojs/index.php/idealogy/article/view/58>. Date accessed: 16 nov. 2018.